RESEPI TERKINI CIK BEE

Resepi Minuman Barli Berkhasiat


Ramai yang menggemari air barli untuk diminum tidak dikira pada waktu pagi, tengahari, petang atau malam.

Bijirin barli berasal dari Ethiopia dan Asia Tenggara yang ditanam lebih dari 10,000 tahun yang lalu serta dijadikan bahan perubatan untuk pelbagai jenis penyakit.


Bijirin barli...banyak khasiat

  • Khasiat barli dipercayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang.
  • Selain itu, barli juga dikesan boleh membantu merendahkan kolesterol, meredakan sembelit dan mencegah penyakit kanser.
  • Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.
  • Jika meminum air barli selalu diamalkan, ianya dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, memelihara buah pinggang, melawaskan kencing dan membantu untuk sistem penghadaman.


Kebaikan minum air barli :
  • Menyejukkan badan
  • Baik untuk orang yang demam
  • Melawaskan kencing
  • Mencegah dan merawat batu karang
  • Tenag batin jadi power kata Zhafran
  • Memekatkan air mani kata Hafreze
  • Harga pun murah.. hehehe

Resepi Air Barli

Bahan-bahan ( 5-6 gelas )
  • 1 paket kecil barlie
  • 2 cawan gula
  • 3 -4 jag air (1 periuk sederhana) atau lebih
Cara-cara
Basuh dan rendam barli untuk seketika. Masak Barli bersama air dan gula di dalam periuk sehingga 1 jam atau lebih... sehingga barli tu kelihatan putih serta air akan bertukar warna putih. Angkat. Boleh di minum secara suam-suam panas atau sejuk. **Rebus barli dari air penuh satu penuh sehingga menjadi setengah periuk sederhana, jika perlu tambah air**

Note: Jika suka masukkan perahkan sedikit jus lemon di dalam air barli. Selamat mencuba!

Info : Dr Rozmey


3 Komentar untuk "Resepi Minuman Barli Berkhasiat"

judi togel singapura terbesar

gen TOGEL 4DPOIN,Online Terpercaya.
Minimal Deposit Dan Withdraw 20.000
Keterangan Lebih Lanjut, Anda Bisa Hubungi Disini.
* Pin BBM : D1A279B6
* Pin BBM : 7B83E334
* Whatsapp : +85598291698
* Skype : Poin.4D
* Line : +85598291698

Posting Rakan-rakan

SweetMuslimah.com
 
Copyright © 2014 Resepi Cik Bee - All Rights Reserved
Template By Catatan Info